25.4.13

Novel Khas Najib Sempena PRU-13, Rugi Dunia Akhirat Siapa Tak Baca


Aku merenung jauh ke luar jendela
Melihat bulan dan bintang lantas terimbau kembali dosa-dosa lama
Aku meraup wajah kegusaran.

Tuhan,berapa banyak dosa-dosaku tidak terhitung dek tangan..
Rasuah, penyelewengan, penipuan, semua jenis dosa pernah aku lakukan.
Bagaimana kalau aku dijemput tuhan dalam keadaan aku bergelumang dengan maksiat sebegini?
Neraka kah tempatku kelak?

Ah! Aku mesti berubah!
Aku akan membaiki dan membantu manusia-manusia yang pernah aku aniayai dulu.
Dan, misi yang paling penting..
Aku akan bersama-sama mengajak isteri kesayanganku bertaubat lalu bersama-sama mengejar redha illahi.
Ya, itu tekadku dan aku bersyukur kepada tuhan kerana memberi  ujian kekalahan besar kepada ku ketika pilihan raya umum ke 13 yang lepas...kah kah kah
Itulah titik tolak kepada nikmat kesedaran yang aku peroleh hari ini.

……………………………dua bulan selepas itu………………………………….

“ abang,abang” panggil isteriku Siti Berendam..
“ abang kata nak ke masjid awal sikit hari ni?
Kan hari ni ada ceramah Ustaz Azhar..abang dah lupa ker?
“alamak mah, abang lupa.tunggu abang habiskan mengaji surah as-saff ni dulu.
Berendam pergi iron tudung dulu ya.”  Arahku lembut kepada isteri kesayanganku Siti Berendam.
Lagak isteri mithali, isteriku segera bergerak melaksanakan apa yang aku pinta sebentar tadi.
Dua minit kemudian, aku tersenyum dek kerana akhirnya aku mampu menghabiskan hafalan surah as-saff pada petang ini.

Sejenak, aku termenung memandang isteriku yang kulihat sedang membetulkan tudung labuhnya
Di depan cermin bilik tidur kami.
Alhamdulillah, dari seorang yang suka berbelanja boros dan gemar membazir dengan bershopping
Isteriku kini cenderung memilih gaya yang sederhana.
Dengan tudung labuhnya, jubahnya yang polos serta mukanya yang hanya berbedak nipis
cukup untuk membuatku jatuh cinta berulang kali setiap hari.
Moga dialah isteriku dunia dan akhirat.

Aku masih ingat suatu masa dulu, isteriku pernah mencetuskan kontroversi  bilamana isu pembelian cincinnya Heboh ke seluruh negara..
Aku kira mungkin itu salah satu faktor kekalahanku pada kali ini.
Namun, aku redha kerana manusia memang tidak lari dari kesilapan.
Tambahan pula, kerana kalahlah..aku kini lebih dekat dengan penciptaku.

“ abang, apa termenung lagitu?
Jom pergi.”
Lembut suara isteri ku mengembalikanku ke alam nyata.
Perlahan aku bangun dan mencapai tangan isteriku.
Berendam, terima kasih kerana sudi berubah bersama abang. 
Terima kasih sebab sanggup jadi isteri abang walaupun kita kini duduk rumah teres je,
Hanya hidup dengan gaji kecil abang sebagai imam masjid.
Walaupun Berendam terpaksa gadaikan semua barang kemas untuk menyekolahkan anak kecil kita ini. Walaupun Berendam terpaksa pakai beg yang abang beli kat masjid india je.
Berendam, terima kasih sangat kerana sanggup hidup susah dengan abang.”
Luah perasaanku sebak dan terharu.

Isteri ku yang sejak dari tadi terpinga-pinga mula memahami apa yang terjadi.
“Abang, Berendam buat semua ni sebab Berendam nak tebus dosa-dosa silam Berendam
Walaupun Berendam tahu tak tertebus dosa Berendam yang menzalimi dan mengambil hak rakyat,
Tapi Berendam tetap akan usaha.
Moga usaha Berendam ini besar di sisi ALLAH bang.
Dan yang paling penting, Berendam nak jadi isteri abang dunia akhirat.”

Dan sebaik sahaja isteriku selesai berkata-kata,
aku lihat air mata mengalir deras dari pelupuk matanya.
Lantas, aku memegang tangan isteri dan memandang matanya sambil mengangguk perlahan.
“ Abang pun..Abang pun nak jadi suami Berendam dunia akhirat.

Alhamdulillah. Kini, walaupun aku bukan lagi perdana menteri  yang kaya dengan kuasa dan harta
Tapi aku tetap sangat bersyukur kerana aku sudah kaya dengan kasih sayang.
Kasih sayang dari isteri, anak-anak dan juga sahabat baikku iaitu nik aziz yang sudi mengajarku ilmu agama sehinggalah aku menjadi apa yang aku jadi hari ini..

Terima kasih tuhan.




" Minta Maaf Laa woit..Aku Nak Pakai Macam Nie...kah kah kah "






No comments: